buatmu teman....

salam, ukhwah.. d'sni sy nak luahkan segala-galanya tentang awak.. saya SAYANG awak lah..
Kenapa awak berubah? Kenapa hati awak keras seperti batu? Sahabat, saya nak yang terbaik untuk awak..
Awak kenapa awak couple? Dah berkali-kali saya cakap kan COUPLE tu Haram.. Kenapa awak degil ni?
Awak tak sayang saya ke? Saya nak selamatkan awak dari cinta manusiawi.. Awak, kita pernah sama2 dulu berjanji
akan menyemaikan cinta kita ke jalan Allah.. Tapi, kenapa sekarang awak berubah? Kenapa awak tak seperti dulu? Saya akui saya pun seperti awak dulu.. Sama-sama hanyut akan cinta manusiawi.. Tapi, sekarang Alhamdulillah Allah dah datangkan kesedaran dalam diri saya..Kini, saya nak ajak awak bersama-sama mengejar cinta Ilahi kembali.. Tapi, kenapa awak tak nak??
Susah ke awak? Tak pe, saya sabar..




Awak .. Tak kan awak tak tersentuh dengan segala nasihat yang saya berikan pada awak? Awak tak kan tak ambil kisah?
Tapi, tak pelah awak. Saya tak penat menasihati awak.. Saya tak nak awak hanyut. Ketahuilah, sang syaitan sedang bertepuk tangan melihat awak yang lalai pada Pencipta kita.. Awak, saya sedih la.. Mana diri awak yang dulu? Mana janji awak? Kenapa awak sanggup buat macam ni..
Sahabat, saya nak menyampaikan sajak ini pada awak agar awak tahu, betapa sayangnya saya pada awak..(petikan dari i luv islam..) awak kan jarang bukak i luv islam .. asyik "Oh ! Tidak" je..

Duhai sahabat...
Cinta itu di dalam hati...
kita mempunyai sebuah rumah...
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU..

Dan ketahuilah duhai sahabatku...
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu
,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya..
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...Beritahulah kepadanya...
:Maafkan aku...Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...Kerana...Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri...Terang dan menerangi...Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA kudan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...
 
AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......




Awak, saya minta maaf andai nota ini membuat awak marahkan saya.. Saya dah tak tahu apa yang perlu saya buat..
Jadi saya menulisnya di sini.. Awak berubah lah ye. Saya tunggu awak .. Saya akan jemput awak balik selepas awak-benar nak ikut saya mengejar cinta Ilahi.. okey lah awak. Penat jari saya menaip.. Kejang juga jari.. hihi.. awak ingat tau? saya sentiasa sayangkan awak..



''Perempuan yang suci adalah perempuan yang d'jaga ALLAH , tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya mahupun hatinya.. Kerana Allah begitu mencintainya..Andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang yang lebih banyak menyakiti kita''Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk di jaganya..Hargailah kesempatan yang diberi oleh Allah..''Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan kita ketika kita rasa berdosa melakukannya''
Assalamualaikum ..