QANAAH
Qanaah menurut definisi ialah sikap berpada-pada, iaitu berpuas hati dengan apa yyang ada. Dengan arti kata lain, qanaah berarti redha dengan pemberian Allah berupa rezeki dan tidak meminta lebih daripada yang telah diberikan.
Rasulullah SAW ialah manusia yang paling tebal sifat qanaah dalam jiwanya. Baginda bersabda yang bermaksud: "Aku di dunia ibarat musafir yang berteduh di bawah sebatang pokok, berehat dan kemudian meninggalkannya." (Riwayat al-Tirmizi no.2377)
CIRI-CIRI QANAAH
* Selalu mengucapkan "Alhamdulillah 'ala kulli hal" atas setiap nikmat dan musibah.
* Jarang merungut.
* Redha dengan segala ketentuan.
* Sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
* Sentiasa berfikiran positif.
* Tidak berputus asa.
* Berpuas hati dengan sesuatu yang sedikit.
* Meminta kepada Allah dan kemudian bertawakal.
BAGAIMANA MEMBINA QANAAH..??
* Memahami konsep qadak dan qadar Allah SWT.
* Beriman bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, bahkan kitalah sebagai hamba yang sering menganiayai diri kita sendiri.
* Sematkan syukur, pasti qanaah akan menyusul kemudian.
* Selalu berdoa kepada Allah SWT.
* Hitung nikmat yang Allah kurniakan.
* Berfikir tentang makhluk Allah yang telah disedaikan sebagai taskhir (kegunaan) kepada manusia.
Qanaah lahir daripada beberapa set sifat mahmudah. Alangkah indahnya wajah seorang muslim yang selalu tersenyum tanpa keluh kesah. Itulah qanaah, antara rahsia hidup bahagia.
(Petikan dr Majalah Solusi no.21)
Subhanallah...bisakah kita ya menjalani hidup kita tanpa keluh kesah...? Tanpa rungutan..?? Tanpa kesedihan..?? Allahu Akbar....mungkin tanpa kita sadari..kadang kala kita menghamburkan kata-kata keluhan...kata-kata seperti orang yang sudah berputus asa...kata-kata seperti tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada...apa yang kita miliki....kadang kala kita juga dihambat oleh fikiran yang negatif...berburuk sangka...Aduhaaaii...mengapa yaa..?? Mengapa kita masih lagi ada sifat-sifat yang begitu..?? Mengapa sukar banget ya utk kita hapuskan..?? Adakah ini karena HATI..??Allahu Akbar....semoga kita semua bisa untuk menjadikan kehidupan kita bahagia dengan adanya sifat qanaah dalam hati kita....Amiin....Subhanallah...maaf teman2 andai sy salah...