FACEBOOK:dosa pahala sebelum & selepas mati..


  1. Halal
  2. Haram
  3. Wajib
  4. sunat
  5. Makruh
  6. Harus
Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala. Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah:
  1. Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat.
  2. Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.
  3. Menyebarkan fitnah dan umpatan.
  4. Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat.
  5. Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.
  6. Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.
  7. Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.
  8. Menyakitkan hati orang lain dan banyak lagi.
Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kita menggunakan FB selama ini. Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita?
Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka.
Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang!
  • Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan.
  • Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya.
  • Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang.
  • Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan.
Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terus berjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita letakkan dalam FB itu. Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatkannya.
Subhanallah….

Wallahualam.....