muslimah solehah~

kulihat di luar sana terlalu sedikit yang tertutup berbanding terbuka
kulihat di luar sana terlalu sedikit yang menjaga syariat berbanding mengabaikannya
aduh!kumelihat di luar sana terlalu sedikit yang terpelihara
apabila kumelihat yang tertutup iti indah bak permata di dalam bekas kaca
tersimpan,terjaga.dan tidak terlihat oleh pandangan2 nafsu

aku rindukan gahnya kewibawaan saiyidatina fatimah azzahrah
aku inginkan keunggulan peribadi saiyidatina khadijah
mengalir dalam segenap susuk tubuh muslimah kini
masih ada baki-baki akhlak indah itu yang mengalir
tetapi ianya hanya sejumlah yang sedikit

aku merindukan halaqah-halaqah yang terdiri daripada muslimah2
yang duduk di bawah naungan syariat ilahi
oh!indahnya andai mimpiku itu benar...
dan memang benar
masih wujud sebahagian kelompok yang mengekalkannya...
akhlak yang mulia,syariat terpelihara
muslimah-muslimah inilah pewarisnya...
siapa lagi kalau bukan kita??

kitalah pewarisnya
pewaris akhlak solehah serikandi-serikandi islam
ayuhlah kita bersama2 berpimpin tangan
mengenggam erat,mengukuh ukhuwah
meneruskan perjuangan baginda s.a.w

sesungguhnya..tiada fitnah terbesar
selepas kewafatan rasulullah
melainkan wanita..