taksub

Taksub atau kata lainnya obses terhadap sesuatu secara berlebih lebihan. satu sifat yang tak normal ,sangat bahaya dan tak sesuai untuk manusia yang hidup atas muka bumi yang mempunyai banyak perbezaan pendapat dan pandangan.

kenapa? sebab terlalu taksub boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah sehingga boleh menyebabkan pergaduhan, dendam , malah mungkin boleh berlaku perang dunia ke tiga, empat dan seterusnya.

kalau sebut contoh2 international, ramai yang dah boleh bagi contoh sendiri.

puak2 israyel yang terlalu taksub dengan bangsa dan agama sendiri sehingga sanggup melakukan peperangan. membunuh manusia2 tak berdosa. semua ni kerana terlalu taksub dengan bangsa mereka yang dikatakan terlalu hebat. api2 dendam dan perkauman ditiup dari kecil

tak perlu contoh2 antarabangsa, lihat dalam negara sendiri.

berbeza pandangan politik, mazhab, ulama' , ustaz2 pun dah boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.

jangan terlalu taksub. Sedang dalam alquran disebutkan supaya tidak terlalu berlebih lebihan.

Wasatiyah , bersederhana.